Para pembaca sekalian setiap kita ada berbagai masalah, dan masalah itu insyaallah boleh diselesaikan jika kita bersabar dan berfikir secara waras dan berilmiah. kita sekarang dah malas berfikir kerana kita nak sesuatu keputusan itu cepat, contoh
jika kita nak tambah income, apa patut kita buat? jawapannya buat lah biz,
biz apa?terpulanglah, asalkan halal dan memberi pulangan
setiap perniagaan keuntungan bukan dapat dijana dalam masa sebulan atau setahun tetapi paling sikit 5 tahun ini adalah untuk kekalkan perniagaan kita untuk menjadi Finacial Freedom bukan dalam masa yg singkat, Tan Sri Syed Bukhari pun perlukan 36 tahun untuk mencapai apa yg dia capi sekarang, kenalah bersabar dan buat sesuatu mestilah berterusan dan FOKUS!!!
jangan lari dari fokus, fokus kepada satu, contoh jika anda nak ternak lembu, ternak lah lembu sahaja, timba pengalaman dll
semuanya perlu kesabaran. dan jangan ikut nafsu, jangan bertukar-2 perniagaan jika satu perniagaan gagal. kena ada hikmah dalam buat biz.
apa yang penting study sesuatu bidang dgn betul, kumpul ilmu, dan cari mentor yg betul, jangan hanya bila kita lihat iklan dimedia-2 kita dah percaya , sabar study dulu, Allah ciptakan Akal untuk kita berfikir, gunakan sepenuhnya
contoh lagi macam pembaca baca blog nie lah, dalam blog ni banyak ceritakan mengenai pelaburan emas, beli emas fizikal terutama dari syarikat Public Gold, dan jika nak jadi dealer jadilah dealer Public Gold, tapi kenapa bukan syarikat lain? terpulanglah kepada pembaca, saya hanya menulis dan menceritakan dalam blog ni, selebihnya para pembaca kena buat kajian sendiri, fikir sendiri, buat siasatan betulkah apa yg saya ceritakan, macam sekarang harga emas turun, orang mula risau akan kejatuhan harga emas, mereka risau akan harga sekarang kerana mereka beli sekarang tapi mereka dah lupa harga emas dah naik 530% selama 10 tahun, tak ada sesiapa pun yg ambil kisah atau ikhtibar…betul ke?lah cuba lihat graf dibawah
naik kan?jadi nak bagaimana lagi? ok satu lagi cuba kita fikir….kenapa Nisab ZAKAT dikira dengan merujuk kepada berat emas semasa?85gam? kenapa tidak dinilai dengan benda lain? saya ada koleksi nilai zakat yg geng peroleh dari pejabat zakat negeri kedah, boleh download
pembaca boleh lihat, untuk bulan 11 tahun ini nilai nisab zakat adalah RM14,446.66 untuk 85gram jadi untuk 1 gram adalah RM169.96. bagaimana pulak pada 5 tahun lepas pada tahun 2007 nisab zakatnya adalah RM6966.30 untuk 85gram dan 1 gram jatuh pada harga RM81.96 kalau tak percaya tuan-2 boleh kira sendiri. dan adakah nilai emas akan susut?dan adakah emas satu hari tidak akan bernilai?jawapan ini hendaklah anda cari sendiri, jika anda seorang islam anda pasti akan dapat jawapanya
tapi ingat jangan terima bulat-2 apa yg geng ceritakan , fikir baik-2 buat kajian, jika anda didekati oleh individu yang mahu anda melabur dalam emas, dengar dulu dan balik fikir sebelum buat keputusan, sabar dalam buat keputusan insyaallah anda takk salah melabur
semoga anda diberikan jalan yg benar dan tidak didekati oleh orang-2 yg cuba mengambil kesempatan keatas anda semua
sekian wasalam.
JIKA ANDA BERMINAT MEMBELI DINAR DIRHAM , SILA HUBUNGI..
FAISAL HAFIZ (A4986)
019 5514375